Syarikat
Prinsip privasi
Di Google, kami mengutarakan idea dan produk yang sering mendorong teknologi sedia ada sehingga ke hadnya. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami berusaha dengan gigih bagi memastikan sebarang inovasi diseimbangkan dengan tahap privasi dan keselamatan yang bersesuaian untuk pengguna kami. Prinsip Privasi kami membantu memberikan panduan tentang keputusan yang kami buat di setiap tahap syarikat kami supaya kami boleh membantu melindungi dan
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana kami mengamalkan prinsip ini termasuk alat yang mengawal tetapan peribadi anda, lawati Pusat Privasi.
-
Gunakan maklumat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bernilai kepada pengguna kami.
“Tumpukan pada menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik” merupakan prinsip pertama falsafah Google. Apabila pengguna berkongsi maklumat dengan kami, ia membolehkan kami membina perkhidmatan dan produk yang bernilai untuk mereka. Kami percaya bahawa dengan menumpukan pada pengguna, boleh merangsang ciri yang menitikberatkan produk dan privasi yang telah menjana inovasi dan membina khalayak pengguna dalam talian yang setia. -
Bangunkan produk yang menggambarkan piawaian dan amalan privasi yang kuat.
Cita-cita kami adalah untuk berada di puncak teknologi, termasuk pembangunan alat yang membantu pengguna menguruskan maklumat peribadi mereka dengan cara yang boleh diakses dengan mudah tanpa mengurangkan pengalaman pengguna yang bernilai. Kami mematuhi undang-undang privasi dan di samping itu berusaha secara dalaman dan bersama-sama dengan pengawal dan rakan kongsi industri dalam membangunkan dan melaksanakan piawai privasi yang kukuk. -
Jadikan pengumpulan maklumat peribadi telus.
Kami berusaha untuk menunjukkan kepada pengguna maklumat yang kami gunakan bagi menyesuaikan perkhidmatan kami. Di mana bersesuaian, kami menyasarkan untuk telus mengenai maklumat yang kami ada mengenai setiap pengguna dan bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut untuk menyampaikan perkhidmatan kami. -
Berikan pengguna pilihan yang bermakna untuk melindungi privasi mereka.
Orang ramai mempunyai kebimbangan dan keperluan privasi yang berbeza. Bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna kami, Google berusaha untuk menawarkan kepada mereka pilihan yang bermakna dan telah diperhalusi berkenaan dengan penggunaan maklumat peribadi mereka. Kami percaya maklumat peribadi tidak sepatutnya ditahan dan kami beriltizam untuk membina produk yang membenarkan pengguna mengeksport maklumat peribadi mereka ke perkhidmatan lain. Kami tidak menjual maklumat peribadi pengguna. -
Menjadi penjaga yang bertanggungjawab terhadap maklumat yang kami pegang.
Kami mengakui tanggungjawab kami untuk melindungi data yang diamanahkan oleh pengguna kepada kami. Kami amat mengambil berat tentang isu keselamatan dan berusaha bersama-sama dengan komuniti pengguna, pembangun dan pakar keselamatan luaran yang besar bagi menjadikan Internet semakin selamat dan lebih terjamin.
