Syarikat
Jaminan keselamatan dan produk keselamatan Google
Langkau ke:
Falsafah jaminan keselamatan Google
Sebagai menyedia perisian dan perkhidmatan untuk ramai pengguna, pengiklan dan penerbit
di Internet, kami mengakui betapa pentingnya untuk membantu melindungi privasi dan
keselamatan anda. Kami memahami bahawa produk yang selamat memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan kepercayaan yang anda sandarkan kepada kami dan berusaha mencipta
produk inovatif yang memenuhi keperluan anda dan berfungsi untuk kepentingan anda.
Ini
termasuk semua orang: Orang yang menggunakan perkhidmatan Google (terima kasih semua!),
pembangun perisian yang membuat aplikasi kami dan penggiat keselamatan luaran yang
menjadikan kami lebih berhati-hari. Gabungan usaha ini banyak membantu dalam menjadikan
Internet lebih selamat dan terjamin.
Untuk berita dan pemahaman terkini dari Google tentang keselamatan dan kesejahteraan di Internet, lawati blog keselamatan dalam talian kami.
Melaporkan isu keselamatan
Jika anda pengguna Google dan mempunyai isu keselamatan untuk dilaporkan mengenai akaun Google peribadi anda, sila lawati halaman hubungan kami. Ini termasuk masalah kata laluan, isu log masuk, laporan spam, penipuan yang disyaki dan isu penyalahgunaan akaun.
Jika anda percaya yang anda telah menjumpai kerentanan dalam produk Google atau mempunyai
kejadian keselamatan untuk dilaporkan, e-melkan ke security@google.com. Sila sertakan ringkasan terperinci
tentang isu tersebut, termasuk nama produk (mis., Gmail) dan bentuk isu yang anda temui.
Pastikan anda menyertakan alamat e-mel di mana kami boleh menghubungi anda sekiranya kami
memerlukan maklumat lanjut. Sebaik menerima mesej anda, kami akan menghantar balasan
automatik yang disertakan dengan pengecam penjejakan. Kami menghargai keselamatan
perkhidmatan Google dan juga privasi anda apabila anda melaporkan kerentanan atau
kejadian kepada kami. Jika anda rasakan perlu, sila gunakan kunci awam kami untuk
menyulitkan komunikasi anda dengan kami apabila menghantar e-mel ke security@google.com.
Kami percaya bahawa memaklumkan pembekal secara peribadi mengenai kerentanan dalam perisian mereka dan menetapkan tarikh akhir yang munasabah menurut keterukan pepijat, adalah baik demi keselamatan keseluruhan pengguna Internet. Untuk mendapatkan pendapat kami mengenai pendedahan kerentanan, baca di sini.
Bekerja bersama-sama membantu menjadikan pengalaman dalam talian lebih selamat untuk semua orang.
Kami amat mengambil berat tentang isu keselamatan dan akan membalas dengan pantas untuk membetulkan isu keselamatan yang dapat ditentusahkan. Sebahagian daripada produk kami adalah kompleks dan mengambil masa untuk dikemaskinikan. Apabila di maklumkan dengan betul tentang isu sah, kami berusaha sebaik mungkin untuk memperakui laporan yang anda e-melkan, menugaskan sumber untuk menyiasat isu dan membetulkan masalah berpotensi secepat yang mungkin.
Kami mendapati bahawa apabila keselamatan diamalkan dengan betul, ia diamalkan sebagai satu komuniti.
Kami berterima kasih kepada anda
Orang ramai dan organisasi yang berminat dengan isu keselamatan telah membuat sumbangan yang tidak terhingga kepada mutu pengalaman dalam talian. Bagi pihak berjuta-juta pengguna kami, kami ingin memberikan penghargaan kepada individu dan organisasi berikut atas bantuan mereka yang berharga.
Berikutan dengan kewujudan program ganjaran kerentanan, kami juga telah membangunkan halaman Dewan Kemasyhuran di mana kami akan memberikan penghargaan kepada sumbangan masa hadapan.
Untuk sumbangan kepada projek Chromium yang mengasaskan penyemak imbas Chrome, lawati halaman keselamatan Chromium.
Sokongan berterusan
- Martin Straka
- Yahoo! Paranoids
- Alex Eckelberry, Sunbelt Software
- Yair Amit, IBM Rational Application Security
- Stephen Sclafani
- Team Cymru
- Masato Kinugawa
- Christian Matthies
- Wladimir Palant, http://adblockplus.org/
- Szymon Gruszecki
- Neal Poole
- Nir Goldshlager, Avnet Information Security Specialist
- Nils Juenemann
2010
- Dr. Marian Ventuneac, http://www.ventuneac.net
- Daniel LeCheminant, Fog Creek Software
- Vincent OLLIVIER
- Yair Amit, IBM Rational Application Security
- Niels Ingen Housz
- Wladimir Palant, http://adblockplus.org/
- Tielei Wang from ICST-ERCIS (Engineering Research Center of Info Security, Institute of Computer Science & Technology, Peking University / China), reported through Secunia
- José Antonio Vázquez González (Telecom. Engineer from Linares/Spain), http://spa-s3c.blogspot.com/
- wushi of team509
- Sergey Glazunov
- kuzzcc
- Aki Helin, OUSPG
- Timothy D. Morgan of VSR
- Billy Rios
- Adam Bacchus, NetSPI
- Hans Schmucker of TWnet
- Pedro Liberal Fernández
- Szymon Gruszecki, Cracow University of Technology, Poland
2009
- Gabriel Campana
- Kacper Kwapisz
- TippingPoint’s Zero Day Initiative
- Roi Saltzman
- Michael Schmidt, Compass Security Switzerland
- Inferno, SecureThoughts.com
- Jason Carpenter, Chris Rohlf, Eric Monti–Matasano Security
- Eduardo Vela Nava (sirdarckcat)
- Mozilla Security
- Will Dormann of CERT
- Radoslav (Radi) Vasilev, Cigital
- Francisco Falcon from CORE Security
- David Weston and Microsoft Vulnerability Research
- Fernando Muñoz Sánchez
- Luis Santana of hacktalk.net
- Aviv Raff
- Mike Bailey, Foreground Security
- Isaac Dawson
- Tokuji Akamine, Symantec
- Alessandro Armando, Roberto Carbone, Matteo Grasso, Alessandro Sorniotti with the AVANTSSAR project
2008
- Finjan
- Yair Amit, IBM Rational Application Security
- Rotem Bar
- Jeremiah Grossman
- Alessandro Armando, Roberto Carbone, Luca Compagna, Jorge Cuellar, Llanos Tobarra Abad with the AVANTSSAR project
- William Enck, Machigar Ongtang, and Patrick McDaniel, SIIS Laboratory, Penn State University
- Chris Boyd, FaceTime Communications
Sebelumnya
- Johannes Fahrenkrug
- Richard Forand
- Bryan Jeffries
- Hidetake Jo
- Kwok Yat-Hong (郭逸康)
- Fraser Howard, Sophos
- H.D. Moore
- Wayne Porter, FaceTime Communications
- Alex Shipp, Messagelabs
- Castlecops
- Christian Matthies
